top of page

Pantai Marina / Telaga Simpul

 

Pantai Marina terkenal dengan kewujudan sebuah telaga yang dikenali sebagai ‘Telaga Simpul’. Menurut cerita yang dimaklumkan, Telaga Simpul wujud akibat aliran mata air yang mengalir dari atas Bukit Pejajat dan mula bertakung di kaki bukit itu sehingga menjadi seperti sebuah kolam. Airnya yang dikatakan tidak kering, jernih dan segar sehingga kini menyebabkan ia dipanggil telaga. Menurut cerita penduduk, telaga ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan untuk minum, basuhan serta mandi-manda selain menjadi tempat persinggahan pelayar-pelayar mengisi bekalan air untuk belayar. Menurut orang-orang tua zaman dahulu, kawasan Telaga Simpul ini dihuni oleh makhluk halus. Penduduk kampung selalu berurusan dengan makhluk halus ini untuk meminjam peralatan keduri-kendara seperti pinggan mangkuk. Setiap orang yang mandi di Telaga Simpul dimestikan mengambil sehelai daun mengkuang dan menyimpulnya kemudian diletakkan berhampiran telaga bagi mengelakkan musibah. Bagi umat Islam, kita disarankan untuk menghindari amalan kurafat ini.

Amera's Homestay Kemama - Kemaman Supply Base (KSB)

Kemaman Supply Base (KSB)

 

Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. owns and operates Kemaman Supply Base (KSB), the leading petroleum supply base on the East Coast of Peninsular Malaysia. KSB is an all-weather port due to natural shelter and the 850-meter breakwater built as protection from the seasonal north easterly and south easterly winds. Its 360-meter quay with a depth of 8.0 meters enables it to receive 5-6 supply vessels at any given time. All these berthing facilities are dedicated for the specialised use of supply vessels and oil and gas- related cargo traffic. The whole area of KSB is an area licensed under the Customs Act 1967 as a customs bonded area (Section 65), and manufacturing warehouse (Section 65A). As a result, this tax free facility is a value-added bonus to support the manufacturing companies operating at KSB..

Amera's Homestay - Telaga Simpul

Mini Zoo & Taman Rekreasi Kemaman

 

Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ialah zoo pertama di Terengganu dan dibuka secara rasmi pada 11 April 2009. Taman ini terletak di kawasan seluas 54 hektar, di Kampung Ibok, kira-kira 14 km dari Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu. Ia merupakan gabungan kawasan pameran spesies haiwan, Taman Rekreasi Air, Taman Tema, Taman Buah-buahan, Taman Herba, Taman Tumbuhan Tropikal, Taman Orkid, Taman Bonsai dan habitat semula jadi Kunang-Kunang terbesar di Terengganu.Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbaru di Terengganu. Antara tarikan utama di Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman ini ialah Taman Tema, Jambatan Gantung, Taman Orkid, Dusun Buah-Buahan, Menara Tinjau, Air Tejun, Akuarium, Taman Herba, menunggang Gajah, menaiki tren mengelilingi zoo dan melihat pelbagai spesies burung.

Amera's Homestay Kemaman - Zoo Mini Kemaman

Sata / Otak-otak / Keropok Lekor

 

Nikmati keistimewaan makanan tempatan di Kemaman seperti keropok lekor, sata, otak-otak dan pelbagai lagi makanan berasakan hidupan lautan yang terdapat sekitar kawasan Kuala Kemaman. Destinasi ini megambil masa 15 minit perjalanan dari Amera Homestay.

Amera's Homestay Kemaman - Sata-Otak-otak-Keropok Lekor

Yak Yah Kelip - Kelip

 

Kampung Yak Yah terletak berhampiran dengan Sungai Yak Yah di Kg Ibok, Kemaman, tidak berapa jauh dari Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman. Kampung Yak Yah terkenal sebagai tempat melihat kelip-kelip atau panggilan lain kunang-kunang. Pada waktu malam, ia menjadi seperti satu tempat pesta kerana ramai yang akan ke sini untuk melihat dan menikmati kecantikan cahaya kelip-kelip ini.

Untuk kemudahan para pelancong, bot-bot berenjin bateri tanpa gangguan bunyi digunakan, ia pastinya akan memberi pengalaman baru yang amat berharga kepada pengunjung, khususnya mereka yang gemar menikmati anugerah alam semulajadi. Para pelancong akan di bawa menyelusuri Sungai Yak Yah sambil melihat sendiri bentuk dan rupa kelip-kelip yang amat jarang ditemui ini mengerumuni pokok Berembang, pokok Putat dan pokok Bebaru yang tumbuh subur di sepanjang perjalanan mereka menyusuri sungai tersebut.

Amera's Homestay Kemaman - Yakyah Kelip-kelip

Amera Homestay Kemaman

 

Terletak di kawasan belakang Petronas Bukit Kuang, Amera's Homestay dikelilingi dengan pelbagai tempat-tempat menarik dan destinasi tumpuan untuk industri Oil & Gas.

Tempat Menarik

bottom of page